Setiap graduan semestinya mengimpikan kerjaya yang hebat dan sesuai dengan kelulusannya. Tetapi, mengikut rekod dan maklumbalas, ramai graduan yang keluar dan hampa dengan kerjaya yang ditawarkan dan dianggap tidak berbaloi dengan kelulusannya.
Apa pilihan yang ada pada graduan dalam kerjayanya?
Pernah hangat dibahaskan yang graduan kita memilih kerja…terlalu memilih kerja. Apa salahkah graduan untuk memilih kerja? Bagi saya secara peribadi, tidak sepatutnya timbul mempersoalkan graduan yang memilih kerja. Kita diajar untuk mendapatkan kerja terbaik untuk hidup kita dan apabila tiba masa untuk memilih pekerjaan, graduan dihentam.
Dalam sistem pendidikan negara, 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 4 tahun di universiti, belum kompetenkah graduan kita? Jika belum, adakah masalah pada sistem atau pada graduan itu sendiri dan bagaimana untuk menjadikan ianya lebih mapan. Rasanya langkah penilaian sudah diambil dengan perubahan dalam sistem peperiksaan sekolah mulai tahun 2014. Harap ianya mencapai satu konklusi berkesan dalam melahirkan graduan yang berprestasi tinggi.
Untuk graduan, anda juga harus melakukan muhasabah, 15 tahun belajar sebelum bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda, sejauh mana tahap kompotensi anda?
- Kemahiran berkomunikasi
- Kemahiran intelektual, skil dll
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Keyakinan diri
- Kebolehan bekerja sendiri
- dan lain-lain
Semua ini harus siap sedia dalam diri graduan. Apabila hadir sesi temuduga, ini adalah ‘currency’ anda. Nilaikan dan persembahkan dengan nilai yang besar kepada penemuduga.
Anda ingat watak ‘Raju Rastogi’ dalam filem ‘3 Idiots’, bagaimana dia hadir ke sesi temuduga dengan nilai diri yang tinggi. Tetap pada pendirian dan berpegang teguh pada nilai baru dirinya selepas kecelakaan yang berlaku. Sesuatu yang anda boleh belajar dari filem ini
Anda ingat watak ‘Raju Rastogi’ dalam filem ‘3 Idiots’, bagaimana dia hadir ke sesi temuduga dengan nilai diri yang tinggi. Tetap pada pendirian dan berpegang teguh pada nilai baru dirinya selepas kecelakaan yang berlaku. Sesuatu yang anda boleh belajar dari filem ini
Tambah nilai diri
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan adalah berkaitan data yang diperolehi dalam isu survival graduan melayu dalam pasaran kerja swasta. Dalam satu data, 3,000 pemohonan kerja (resume) yang dihantar kepada satu syarikat, Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga berbanding 22.1 peratus peluang graduan Cina.
Graduan Melayu perlu memperkasakan dan memantapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran insaniah termasuk kemahiran dan kemampuan untuk menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibunda sendiri seperti bahasa Cina selain bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Ketua Bahagian Hal ehwal Pelajar UPM)
Ambil tindakan proaktif, kayakan diri dengan apa sahaja yang diperlukan untuk tembus masuk pasaran kerja. Ianya adalah tambah nilai kepada semua yang telah anda dapat sepanjang 15 tahun berada dalam sistem pendidikan negara. Di mana sahaja kelompangan semasa dan dalam kes ini kemahiran Bahasa Cina, cepat-cepat perlengkapkan diri.
Banyak ‘short course‘ yang disediakan oleh IPT dan juga Agensi Kerajaan dalam matlamat meningkatkan modal insan ke tahap yang tertinggi. Buat sesuatu untuk diri anda, bagi membolehkan anda mula berbakti kepada keluarga yang telah memberi sokongan selama 15 tahun sebelum ini. Salam sukses! .
Post a Comment